Monday, March 19, 2012

macam mana nak elakkan diri dari senang jatuh cinta/hati kat orang?

assalamualaikum...

saya bukanlah seorang yang pandai mengeluarkan kata-kata berunsur nasihat yang indah dan sedap di dengar. selalunya mesti berakhir dengan kemerapuan melampau. dan akhirnya, kata-kata itu hanyalah sebagai saved draft. yang hanya saya kongsi dengan diri saya sahaja.



"Lin, kau ni kenapa?"

"Entahlah. aku tengah sakit hati ni. kecewa!"

"Haa? Awatnya? kat sapa?" balas saya.

"Tadi aku baca berita kat internet, si pelakon feberet aku tu dah nak kawen laa!"

"Kau ingat kau tu hot sangat ke sampai nak frust menonggeng bila artis tuuut kawen dengan orang lain?" balas saya di dalam hati.

"Kau nak tak cinta yang tak akan buat kau sedih. dan cinta yang tak mungkin kecewakan kau?"

"kau nak aku bercinta dengan pak arab mana pulak ni?" tanya Lin.

"Cuba kau bercinta dengan Allah. Allah itu lebih terkenal dari si tuuut tu. Dia lagi hebat, lagi kaya, Maha sempurna dan seluruh dunia ni di bawah kekuasaan-Nya. kau taknak jadi kekasih Dia?"

Lin senyap.

#sambung

memang, aku tak nafikan. memang sangat mudah untuk jatuh cinta dengan si artis tuut, si artis ni, sebab daya penarik mereka kuat. pakai kereta mewah, pakai oakley frogskin, pakai Supra, pakai G-shock, pakai baju branded2, muka hensem pulak. dan sebagainya.

tapi, cuba korang semua fikirkan. adakah semua itu menjamin masa depan korang yang gemilang. di dunia mungkin. manusia akan pandang korang hebat.

"eh, tengok! minah tu awek si tuuutt laa. jelesnya aku."

"wah, minah tu untunglaa dapat si tuutt tu. cun. lawa. kita, apa ada?"

"sejak minah tu jadi awek pelakon terkenal tu, dia pakai beg tangan coach laa weyh. gila mantap!"

dan sebagainya.

tapi, ada tak orang kata,

"aku jeleslah dengan budak tu. pakai tudung labuh. pakai socks. menjatuhkan pandangan bila dengan lelaki ajnabi."

bukanlah aku kata tak ada langsung. ada je manusia bernama insan yang berhati putih cakap macam tu. kita sebagai manusia, memang akan lihat dunia je. yang sana tu? akhirat. di mana kita semua dapat pembalasan? ada tak korang nak di pandang hebat di sana nanti?

says ;

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?


berbalik kepada tajuk di atas.

macam mana nak elakkan diri dari senang jatuh hati kat orang? aku pun selalu sangat jatuh hati kat si dia, si lelaki itu, si lelaki ini.

tapi, lama-kelamaan rasa itu akan pergi dari diri kita selagi kita ;

#kuatkan dalam hati, pegang teguh pada kata-kata ni ;

Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin tinggi nilai engkau pada seorang lelaki.



harapan saya kepada hati ;

Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


insyaAllah. may Allah bless:)

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment