Friday, November 15, 2013

Allah, Pencipta alam semesta!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

macam macam hal dah jadi kat dunia ni. dan semuanya membuatkan aku rasa nak lari je, make a new world and stay there only with my beloved one! tapi, aku bukan berkuasa nak mencipta dunia, sedangkan dunia yang aku pijak, eh bumi yang aku pijak ni pun Allah SWT yang cipta. oksigen yang aku sedut setiap 2 saat ni pun Allah yang cipta dan bagi FREE! Allahuakbar!

jadi, kita sebagai hambaNya, nama pun hamba, ACT LIKE ONE please.

sedih, serius sedih. tadi, masa blogwalking, tertengok satu video dari youTube. komen2 manusia tentang aurat. paling sadis, dia boleh persoalkan "kenapa saya perlu tutup aurat? itu bukan saya." MasyaAllah. kenapa persoalkan suruhan Allah? siapa kita? Kekasih yang sangat Allah cinta, Rasulullah saw pun tak pernah pertikaikan suruhan Allah. ini kita yang bergelar hamba.

karenah bola sepak, sampai artis pun komen menteri sebab kenyataan yang di rasakan biadap. macam2 hal sekarang ni.

ingat tak dulu orang2 tua selalu pesan, ada telinga dengar, ada mata tengok, ada mulut diam?

ianya sangat relevan kalau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau orang but... mengenai agama, suruhan Allah dan laranganNya, tidak ada kompromi! but Allah sangat cintakan hambaNya. kita buat amalan baik dapat pahala. kita buat jahat, kita taubat, Allah ampunkan. kalau kita bertaubat nasuha, sungguh2 takkan ulang kesilapan kita, kita ibarat bayi yang baru dilahirkan. segala dosa kita terhadap Allah diampunkan. cuma dengan manusia kena settlle sendiri!

aku dulu pun bukan seorang hamba yang taat, sekarang pun ada masanya masih lalai. tapi, kita istiqamah dalam hidup. mana yang kurang, kita lebihkan ibadah kita. amalkan solat sunat taubat. mana tahu, dalam tidur, dalam sujud, kita di panggil menghadap Allah? mudah-mudahan kita tergolong dalam penghuni syurga :D ameen.

kalau kita tidur dalam keadaan berdosa? dan ditarik nyawa oleh Allah masa tu? apa nak buat? kalau amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak2 yang soleh dan solehah kita tinggalkan, sekurangnya kita ada jugak bekalan di akhirat nanti. saham yang insyaAllah naik, tak pernah menurun.

oh, cukuplah diyanaa!

okeh. Allah Tuhan Yang Esa. Allah Pencipta kita. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Done! jangan pertikaikan. ikut perintah Allah, contohi Akhlak Rasulullah, sebab baginda berakhlak dengan akhlak al-Quran.

al-Quran dan as-Sunnah. easy! follow!

moga Allah berkat:)

Sunday, March 10, 2013

tanpa mereka, binasalah kita!

assalamualaikum...

isnin dan selasa ;
berjalan2 di melaka. mandi di pengkalan balak dari tengah hari membawa ke petang. naik banana boat. esoknya, melawat muzium2 di bandar hilir. naik river cruise. full stop.

mudahkan kami bercuti, berjalan jalan? yang penting adalah, bersama keluarga tersayang.
#back to the main story.

masa dalam perjalanan balik dari rumah mak ngah di jelai, singgah makan di restoran alftah (kalau tak silap). dah nak habis nasi kerabu dengan ayam goreng kat dalam pinggan, tetiba ada dalam 5 trak askar. berpakaian 10 Bridget PARA. berhenti depan restoran kat pasir besar ni. lepas tu ada 7-8 orang yang menunggu sesuatu di situ. abang aku kata, mereka adalah pasukan perubatan tentera. sangkaan aku, mereka sedang melakukan latihan/operasi di situ. sebab kat kawasan rumah aku memang banyak kali ada latihan macam tu.

bila nak balik, dari dalam kereta, aku terpandang ada MP (polis tentera) menjaga lalulintas.

DAN aku terpandang sebaris penyerang hendap yang sedang berbaring dengan senapang mereka masa kami berhenti di traffic light. aku lambai, abang askar tu lambai balik. HAHA;) tapi abang aku marah. dia kata kalaulah MP ke CO abang tu ke nampak, teruk dia kena nanti.
ok. sepanjang perjalanan balik, memang penuh dengan abang2 askar. eh, akak2 askar pun ada. the end.

lepas tu aku terfikir2 jugak, askar ni keje dia apa? nak kata ada perang, TAK ADA pun. nak kata ada rusuhan setiap hari kat malaysia ni pun TAK ADA. jadi, buat apa adanya askar ni? tentera laut, tentera darat, tentera udara ni semua tak ada pun tak apa. macam membazir wang kerajaan je bayar gaji tiap2 bulan. bila aku tanya kat abang aku yang jugak tentera udara, dia jawab pendek je,

"kalau tak ada tentera kat malaysia ni, kau nak keluar rumah pun takut. jadi faham2 lah betapa pentingnya tentera kat sesebuah negara."

memang, kalau di ikutkan logik akal seorang awam macam aku sendiri, macam mereka ini tak ada fungsi. tapi, cuba bayangkan. suatu hari, malaysia isytihar darurat. siapa protect rakyat malaysia? bukan tentera?

jadi, ketahuilah wahai askar2 dan tentera sekalian, saya berbangga dengan anda semua. may Allah bless;)






baru aku sedar bahawasanya ayat dan bahasa yang aku gunakan macam menulis novel pendek yang tidak cantik bahasanya. sorilah korang. dalam bercerita, saya tak sedar begini rupanya hasilnya;)