Thursday, June 21, 2018

EGO

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

EGO.

Ia adalah satu perkataan, perbuatan, perasaan yang banyak menghancurkan.

Sebelum ni, aku selalu rasa aku adalah manusia yang ego dan tidak matang. Namun, baru-baru ni ada hal terjadi. Benda yang kecil tapi menjadi besar kerana ego. Alhamdulillah, benda settle apabila ego kalah dan kematangan menang.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, benda paling penting adalah tidak mengungkit dan membangkit. Tapi, manusia mudah lupa kan. Tidak sedar bahawa ungkit mengungkit lebih banyak menyakitkan hati sendiri walaupun niat asalnya untuk menyakitkan hati orang lain. Ia satu pengajaran yang besar.

Menjadi seorang ketua bukan mudah. Ia ibarat ditelan mati bapa, diluah mati mak. Tak kisah la tebalik ke tak. hahaha.

Kadang-kadang kita hanya melihat diri sendiri dari perspektif diri kita dan tak ambil kira pandangan orang lain terhadap diri kita.

Kadang-kadang kita terlalu melihat diri kita mangsa keadaan tanpa memikirkan orang lain.

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menyakiti orang lain.

Itu memang fitrah kita sebagai manusia.

Tapi kita belajar. Belajar mematangkan diri. Belajar menjadi tuan kepada diri tanpa menjulang ego setinggi langit. Belajar faham dan cuba berada dalam situasi orang lain.

Belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Moga Allah SWT redha.

Selamat Hari Raya😍

Friday, November 15, 2013

Allah, Pencipta alam semesta!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

macam macam hal dah jadi kat dunia ni. dan semuanya membuatkan aku rasa nak lari je, make a new world and stay there only with my beloved one! tapi, aku bukan berkuasa nak mencipta dunia, sedangkan dunia yang aku pijak, eh bumi yang aku pijak ni pun Allah SWT yang cipta. oksigen yang aku sedut setiap 2 saat ni pun Allah yang cipta dan bagi FREE! Allahuakbar!

jadi, kita sebagai hambaNya, nama pun hamba, ACT LIKE ONE please.

sedih, serius sedih. tadi, masa blogwalking, tertengok satu video dari youTube. komen2 manusia tentang aurat. paling sadis, dia boleh persoalkan "kenapa saya perlu tutup aurat? itu bukan saya." MasyaAllah. kenapa persoalkan suruhan Allah? siapa kita? Kekasih yang sangat Allah cinta, Rasulullah saw pun tak pernah pertikaikan suruhan Allah. ini kita yang bergelar hamba.

karenah bola sepak, sampai artis pun komen menteri sebab kenyataan yang di rasakan biadap. macam2 hal sekarang ni.

ingat tak dulu orang2 tua selalu pesan, ada telinga dengar, ada mata tengok, ada mulut diam?

ianya sangat relevan kalau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau orang but... mengenai agama, suruhan Allah dan laranganNya, tidak ada kompromi! but Allah sangat cintakan hambaNya. kita buat amalan baik dapat pahala. kita buat jahat, kita taubat, Allah ampunkan. kalau kita bertaubat nasuha, sungguh2 takkan ulang kesilapan kita, kita ibarat bayi yang baru dilahirkan. segala dosa kita terhadap Allah diampunkan. cuma dengan manusia kena settlle sendiri!

aku dulu pun bukan seorang hamba yang taat, sekarang pun ada masanya masih lalai. tapi, kita istiqamah dalam hidup. mana yang kurang, kita lebihkan ibadah kita. amalkan solat sunat taubat. mana tahu, dalam tidur, dalam sujud, kita di panggil menghadap Allah? mudah-mudahan kita tergolong dalam penghuni syurga :D ameen.

kalau kita tidur dalam keadaan berdosa? dan ditarik nyawa oleh Allah masa tu? apa nak buat? kalau amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak2 yang soleh dan solehah kita tinggalkan, sekurangnya kita ada jugak bekalan di akhirat nanti. saham yang insyaAllah naik, tak pernah menurun.

oh, cukuplah diyanaa!

okeh. Allah Tuhan Yang Esa. Allah Pencipta kita. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Done! jangan pertikaikan. ikut perintah Allah, contohi Akhlak Rasulullah, sebab baginda berakhlak dengan akhlak al-Quran.

al-Quran dan as-Sunnah. easy! follow!

moga Allah berkat:)

Sunday, March 10, 2013

tanpa mereka, binasalah kita!

assalamualaikum...

isnin dan selasa ;
berjalan2 di melaka. mandi di pengkalan balak dari tengah hari membawa ke petang. naik banana boat. esoknya, melawat muzium2 di bandar hilir. naik river cruise. full stop.

mudahkan kami bercuti, berjalan jalan? yang penting adalah, bersama keluarga tersayang.
#back to the main story.

masa dalam perjalanan balik dari rumah mak ngah di jelai, singgah makan di restoran alftah (kalau tak silap). dah nak habis nasi kerabu dengan ayam goreng kat dalam pinggan, tetiba ada dalam 5 trak askar. berpakaian 10 Bridget PARA. berhenti depan restoran kat pasir besar ni. lepas tu ada 7-8 orang yang menunggu sesuatu di situ. abang aku kata, mereka adalah pasukan perubatan tentera. sangkaan aku, mereka sedang melakukan latihan/operasi di situ. sebab kat kawasan rumah aku memang banyak kali ada latihan macam tu.

bila nak balik, dari dalam kereta, aku terpandang ada MP (polis tentera) menjaga lalulintas.

DAN aku terpandang sebaris penyerang hendap yang sedang berbaring dengan senapang mereka masa kami berhenti di traffic light. aku lambai, abang askar tu lambai balik. HAHA;) tapi abang aku marah. dia kata kalaulah MP ke CO abang tu ke nampak, teruk dia kena nanti.
ok. sepanjang perjalanan balik, memang penuh dengan abang2 askar. eh, akak2 askar pun ada. the end.

lepas tu aku terfikir2 jugak, askar ni keje dia apa? nak kata ada perang, TAK ADA pun. nak kata ada rusuhan setiap hari kat malaysia ni pun TAK ADA. jadi, buat apa adanya askar ni? tentera laut, tentera darat, tentera udara ni semua tak ada pun tak apa. macam membazir wang kerajaan je bayar gaji tiap2 bulan. bila aku tanya kat abang aku yang jugak tentera udara, dia jawab pendek je,

"kalau tak ada tentera kat malaysia ni, kau nak keluar rumah pun takut. jadi faham2 lah betapa pentingnya tentera kat sesebuah negara."

memang, kalau di ikutkan logik akal seorang awam macam aku sendiri, macam mereka ini tak ada fungsi. tapi, cuba bayangkan. suatu hari, malaysia isytihar darurat. siapa protect rakyat malaysia? bukan tentera?

jadi, ketahuilah wahai askar2 dan tentera sekalian, saya berbangga dengan anda semua. may Allah bless;)






baru aku sedar bahawasanya ayat dan bahasa yang aku gunakan macam menulis novel pendek yang tidak cantik bahasanya. sorilah korang. dalam bercerita, saya tak sedar begini rupanya hasilnya;)


Tuesday, July 10, 2012

may Allah show the light!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

selamat ulang tahun kelahiran.

hidayah itu milik Allah dan saya harap awak antara insan terpilih untuk menerimanya.

may Allah bless:)

sekian, terima kasih:)

Friday, June 1, 2012

doakan impian saya tercapai:)

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

packing barang adalah benda paling aku malas nak buat! i gonna start a new life.

my new wonderful journey, BEGINS!

HOPE ;

i'll be the best among the best.
learn from the mistakes.
achieving my target, starting 1st June 2012 to 1st June 2013! (only Allah knows the best for me)
3 years and 6 months journey to begin! may Allah bless.
may my wishes comes true (again, only Him knows the best for me, and i hope, really hope, it is the best for me! wait for me!)

ameen:)

doakan saya ya kawan2! doakan segala yang terbaik untuk saya. may Allah bless us, always!

sekian, terima kasih!

Saturday, April 28, 2012

al-fatihah

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

hari ini genap 2 tahun dia pergi. kawan seperjuangan saya yang sering bergaduh dengan saya dan sering cari pasal dengan saya. tapi, dia seorang insan yang baik sebenarnya. di akhir hayatnya meminta maaf dengan saya. tapi, saya sudah lama maafkan awak. walau apapun, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia di alam sana. semoga awak bahagia dan tenang di sana. al-fatihah.






ini adalah sebab saya tidak mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada sahabat2 saya yang menyambut ulang tahun hari ini. saya tidak kisah jika ada yang akan pelik dengan saya. tetapi meraikan satu perayaan di saat ada yang menangisi pemergian insan tersayang, dan insan tersebut adalah salah seorang sahabat saya itu sangat membuatkan saya serba salah.

jika sebelum ini saya ada berbuat salah, sedar mahupun tidak sedar, maafkan saya. ampunkan saya. saya hamba Allah yang khilaf. maafkan saya.

sekian. terima kasih...

Friday, March 30, 2012

Avina Jastina Kamaruddin

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...:)

teringat dengan janji pada sahabat saya untuk buat entry untuk dia kat blog ni. sori sayang:) over a year. baru teringat lepas tengok notes kita berdua tu awak:) here we goes...

bila bercakap pasal vina, dd selalu teringat vina yang sangat malu kalau pakai something yang new to her. macam tudung sarung atau shawls. HAHAAHA. sangat kelakar kalau tengok dia tak tentu arah!lagi, hmmm...dia seorang yang tak akan pakai sesuatu yang dia tak selesa even orang sekeliling dia kata okeh. pasal money, hehehe. dia memang sangat pemurah (may Allah fares you better dear)dia akan menjadi mangsa untuk belanja dd kalau scholar dia dah masuk. sungguh. dia baik. sangat! rasa macam my long lost sister. dia dengan sahabat saya lagi sorang tu (dia tahu dia siapa), sama je. dah tua, tapi perasan muda! HAHAHAHAHA:) your sweet 21 dah berlalu ya kakak-kakakku. biar adik2 merasa pulak. semoga kakakku, study leklok naa. adik dah tak ada kat sana, behave yourself. kakak study smart. remember, pointer is not everything (tahu yang pointer vina always excellent kan!!!). just do your best with doa of course, and it'll be a blast! believe me:)

and here we goes with the poem...(cliche tak? HAHAHA:))

A friend like you is like no other friend
A friend like you is a friend i dont regret meeting
A friend like you is like a friend i cant scream at or fight with
A friend like you is like having no worries in my life
A friend like you is a friend that i dont want to lose
A friend like you is like being in comfort all day
A friend like you is a friend i always wanted
A friend like you is awesomly awesome
A friend like you is random and funny
A friend like you is a friend that i love to death and i will never let go
A friend like you is a friend i can tell all my secrets to
A friend like you is like the elder sister I've always wanted (i really meant)
A friend that i can go to to tell them whats wrong
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things (thumbs up for this)
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things i say or do
A friend like you is a friend i am proud to call my best friend...

she...is my sister
she...is my advisor
she...is my friend
and she is...cik Avina Jastina Kamaruddin

saya bukan laa pandai bersajak, pandai bermain dengan kata-kata, but this poem, even dd just copy and paste je, dan add-on atau cut-out apa yang patut tapi dd sangat maksudkan begitu. and i am proud to say that you are my best friend:)

pesan kat kawan2 saya yang lain tu, terutama adik kecik tu. jangan nak study hard sangat. takut tengok dia with all her works and yours yang melambak2 tu. kirim salam sayang pada tnc ya:)

WITH LOVE,

noordiyanaamuhamad