Tuesday, July 10, 2012

may Allah show the light!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

selamat ulang tahun kelahiran.

hidayah itu milik Allah dan saya harap awak antara insan terpilih untuk menerimanya.

may Allah bless:)

sekian, terima kasih:)

Friday, June 1, 2012

doakan impian saya tercapai:)

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

packing barang adalah benda paling aku malas nak buat! i gonna start a new life.

my new wonderful journey, BEGINS!

HOPE ;

i'll be the best among the best.
learn from the mistakes.
achieving my target, starting 1st June 2012 to 1st June 2013! (only Allah knows the best for me)
3 years and 6 months journey to begin! may Allah bless.
may my wishes comes true (again, only Him knows the best for me, and i hope, really hope, it is the best for me! wait for me!)

ameen:)

doakan saya ya kawan2! doakan segala yang terbaik untuk saya. may Allah bless us, always!

sekian, terima kasih!

Saturday, April 28, 2012

al-fatihah

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

hari ini genap 2 tahun dia pergi. kawan seperjuangan saya yang sering bergaduh dengan saya dan sering cari pasal dengan saya. tapi, dia seorang insan yang baik sebenarnya. di akhir hayatnya meminta maaf dengan saya. tapi, saya sudah lama maafkan awak. walau apapun, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia di alam sana. semoga awak bahagia dan tenang di sana. al-fatihah.






ini adalah sebab saya tidak mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada sahabat2 saya yang menyambut ulang tahun hari ini. saya tidak kisah jika ada yang akan pelik dengan saya. tetapi meraikan satu perayaan di saat ada yang menangisi pemergian insan tersayang, dan insan tersebut adalah salah seorang sahabat saya itu sangat membuatkan saya serba salah.

jika sebelum ini saya ada berbuat salah, sedar mahupun tidak sedar, maafkan saya. ampunkan saya. saya hamba Allah yang khilaf. maafkan saya.

sekian. terima kasih...

Friday, March 30, 2012

Avina Jastina Kamaruddin

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...:)

teringat dengan janji pada sahabat saya untuk buat entry untuk dia kat blog ni. sori sayang:) over a year. baru teringat lepas tengok notes kita berdua tu awak:) here we goes...

bila bercakap pasal vina, dd selalu teringat vina yang sangat malu kalau pakai something yang new to her. macam tudung sarung atau shawls. HAHAAHA. sangat kelakar kalau tengok dia tak tentu arah!lagi, hmmm...dia seorang yang tak akan pakai sesuatu yang dia tak selesa even orang sekeliling dia kata okeh. pasal money, hehehe. dia memang sangat pemurah (may Allah fares you better dear)dia akan menjadi mangsa untuk belanja dd kalau scholar dia dah masuk. sungguh. dia baik. sangat! rasa macam my long lost sister. dia dengan sahabat saya lagi sorang tu (dia tahu dia siapa), sama je. dah tua, tapi perasan muda! HAHAHAHAHA:) your sweet 21 dah berlalu ya kakak-kakakku. biar adik2 merasa pulak. semoga kakakku, study leklok naa. adik dah tak ada kat sana, behave yourself. kakak study smart. remember, pointer is not everything (tahu yang pointer vina always excellent kan!!!). just do your best with doa of course, and it'll be a blast! believe me:)

and here we goes with the poem...(cliche tak? HAHAHA:))

A friend like you is like no other friend
A friend like you is a friend i dont regret meeting
A friend like you is like a friend i cant scream at or fight with
A friend like you is like having no worries in my life
A friend like you is a friend that i dont want to lose
A friend like you is like being in comfort all day
A friend like you is a friend i always wanted
A friend like you is awesomly awesome
A friend like you is random and funny
A friend like you is a friend that i love to death and i will never let go
A friend like you is a friend i can tell all my secrets to
A friend like you is like the elder sister I've always wanted (i really meant)
A friend that i can go to to tell them whats wrong
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things (thumbs up for this)
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things i say or do
A friend like you is a friend i am proud to call my best friend...

she...is my sister
she...is my advisor
she...is my friend
and she is...cik Avina Jastina Kamaruddin

saya bukan laa pandai bersajak, pandai bermain dengan kata-kata, but this poem, even dd just copy and paste je, dan add-on atau cut-out apa yang patut tapi dd sangat maksudkan begitu. and i am proud to say that you are my best friend:)

pesan kat kawan2 saya yang lain tu, terutama adik kecik tu. jangan nak study hard sangat. takut tengok dia with all her works and yours yang melambak2 tu. kirim salam sayang pada tnc ya:)

WITH LOVE,

noordiyanaamuhamad

Sunday, March 25, 2012

your life, your choice

assalamualaikum...

aku tak tahu nak mulakan dengan ayat apa. aku terkedu, aku menangis. terkenang dosa silam. dan dosa sekarang. tapi, dengan menangis, kita takkan dapat mengubah takdir kita sendiri!! moga aku di ampunkan oleh Allah swt.

your life your choice. memang betul. kalau betul pilihan kita, insyaAllah kita akan selamat dunia akhirat. seperti aku, ia seperti melihat video bayangan diri aku sendiri. video ini adalah video yang menyedarkan kita. melewatkan solat, menipu tentang solat. aku mahu menjadi seperti Badar. dia sangat bertuah kerana pilihannya, TEPAT! semoga kita semua mendapat iktibar.

#your life, your choice

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!


buatlah pilihan yang tepat! semoga Allah berkat!



may Allah bless, insyaAllah:)

sekian, terima kasih.

Tuesday, March 20, 2012

itu bukan hipokrit laa!

assalamualaikum...

tadi masa tengah mesin kelapa nak masak untuk pak uda dengan abang2 seragam hijaunya datang malam ni, terfikir pulak. nak kena berlakon ke? i mean, jadi budak baik. ya laa, selalunya kita kat rumah dengan ahli keluarga sendiri akan lepas mulut, lepas laku dan lepas segalanya. tapi, bila orang lain datang, secara otomatis kita akan jadi baik atau orang putih cakap, we behave ourselves bila adanya kelibat lain di rumah selain ahli keluarga kan. kan! kan! kan!

tapi, bagi saya sendiri. itu bukan bermakna kita berlakon atau HIPOKRIT, tapi kita behave untuk menjaga air muka ahli keluarga kita terutamanya mak ayah.

dan, akhirnya tadi. aduh! diyanaa ooii! tengah sedap2 basuh bekas lepas masak tadi, nyanyi2 ;

segala kata cacian yang telah engkau berikan,
membuatku rasa kosong, kosong....

abang askar tu rupanya kat belakang aku tengah mesej2 dengan isteri ke awek dia tah. aduh! sekali lagi, kantoi. dah laa dengan penuh perasaan, kosong..kosong...

heee~ mak kat peti ais tu gelak je tengok aku.

sekali lagi, abang askar yang lagi satu tu, masa aku tengah terajang adik aku (bukan gaduh atau jadi seorang kakak yang suka mendera adiknya ya, tapi mengajar adik cara taekwondo dengan betul dengan ilmu silat yang ada di dada (hahaha, aku gelak sendiri bila baca part ni!). masa kaki aku di hayun ke hadapan, tetibe abang tu muncul from nowhere. sekali lagi! behave dd, behave!

last2, aku merayu kat mak aku nak masuk bilik. bukan nak jadi rude kepada tetamu tapi, cek segan!

pak uda, nanti nak datang dengan trak2 askar ke rumah, silalah pakaikan mereka loceng agar tidak terlihat aksi merbahaya akak lagi.


okeh:)

sekian. terima kasih!

#sekarang sehari dua kali kau update ya jaah! kelas kau!!

Monday, March 19, 2012

macam mana nak elakkan diri dari senang jatuh cinta/hati kat orang?

assalamualaikum...

saya bukanlah seorang yang pandai mengeluarkan kata-kata berunsur nasihat yang indah dan sedap di dengar. selalunya mesti berakhir dengan kemerapuan melampau. dan akhirnya, kata-kata itu hanyalah sebagai saved draft. yang hanya saya kongsi dengan diri saya sahaja.



"Lin, kau ni kenapa?"

"Entahlah. aku tengah sakit hati ni. kecewa!"

"Haa? Awatnya? kat sapa?" balas saya.

"Tadi aku baca berita kat internet, si pelakon feberet aku tu dah nak kawen laa!"

"Kau ingat kau tu hot sangat ke sampai nak frust menonggeng bila artis tuuut kawen dengan orang lain?" balas saya di dalam hati.

"Kau nak tak cinta yang tak akan buat kau sedih. dan cinta yang tak mungkin kecewakan kau?"

"kau nak aku bercinta dengan pak arab mana pulak ni?" tanya Lin.

"Cuba kau bercinta dengan Allah. Allah itu lebih terkenal dari si tuuut tu. Dia lagi hebat, lagi kaya, Maha sempurna dan seluruh dunia ni di bawah kekuasaan-Nya. kau taknak jadi kekasih Dia?"

Lin senyap.

#sambung

memang, aku tak nafikan. memang sangat mudah untuk jatuh cinta dengan si artis tuut, si artis ni, sebab daya penarik mereka kuat. pakai kereta mewah, pakai oakley frogskin, pakai Supra, pakai G-shock, pakai baju branded2, muka hensem pulak. dan sebagainya.

tapi, cuba korang semua fikirkan. adakah semua itu menjamin masa depan korang yang gemilang. di dunia mungkin. manusia akan pandang korang hebat.

"eh, tengok! minah tu awek si tuuutt laa. jelesnya aku."

"wah, minah tu untunglaa dapat si tuutt tu. cun. lawa. kita, apa ada?"

"sejak minah tu jadi awek pelakon terkenal tu, dia pakai beg tangan coach laa weyh. gila mantap!"

dan sebagainya.

tapi, ada tak orang kata,

"aku jeleslah dengan budak tu. pakai tudung labuh. pakai socks. menjatuhkan pandangan bila dengan lelaki ajnabi."

bukanlah aku kata tak ada langsung. ada je manusia bernama insan yang berhati putih cakap macam tu. kita sebagai manusia, memang akan lihat dunia je. yang sana tu? akhirat. di mana kita semua dapat pembalasan? ada tak korang nak di pandang hebat di sana nanti?

says ;

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?


berbalik kepada tajuk di atas.

macam mana nak elakkan diri dari senang jatuh hati kat orang? aku pun selalu sangat jatuh hati kat si dia, si lelaki itu, si lelaki ini.

tapi, lama-kelamaan rasa itu akan pergi dari diri kita selagi kita ;

#kuatkan dalam hati, pegang teguh pada kata-kata ni ;

Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin tinggi nilai engkau pada seorang lelaki.



harapan saya kepada hati ;

Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


insyaAllah. may Allah bless:)

sekian terima kasih.

Sunday, March 18, 2012

post ke-90

assalamualaikum...

saja je. tengok dashboard, dah ada 89 entry (termasuk yang saya saved as draft je). jadi, nak jugak menukar pangkal bilangan entry. kalau boleh, malam ni jugak nak buat 11 entry biar cukup seratus.

eh, lupa pulak.
hari ni hari lahir encik coklat 20 sen. saja aku tanak wish laa kawan. sebab rasanya besday dia 28 mac. tetibe hari ni. ke aku yang silap? entah. dan di sebabkan aku tak pasti, so, aku tanak wish.

untuk si dia, kawan perempuan yang paling saya sayang ; saya rasa macam awak dah mula lupakan saya je. ouh, mungkin perasaan saya je kot kan. awak penah lupa saya sekali. dan hari ni lagi sekali. tapi nak buat macam mana. saya tetap sayang awak:) sebab daripada saya ingat benda yang boleh buat kita benci atau sakit dengan seseorang tu, lebih baik saya kenang memori indah bersama awak:) kan3:)

untuk adik dan kakak2 tersayang ; awak balik dari oversea malam ni kan, saya nak jugak ole2! HAHAHA:) tak ada hadiah yang saya mahukan selain kepulangan awak bertiga dari sana dengan selamat. may Allah bless the flight and all the muslims:)

untuk kawan2 fb yang mungkin masih tak sedar kot ketiadaan saya di ukm lagi, jangan laa invite saya untuk event2 lagi. ada pulak yang rajin invite dinner kolej mereka. jangan ya! but thanks sebab still remember me:)

dari pukul 9 tadi nak tidur. tak jugak bangun dari depan mohd asusman (ada orang tu dah kawen dengan nur asusiah. lambat! lambat! aceriah tu curang. dah laa demand memanjang. welcome to the club asus sedunia!) aku ni. aduss!!

dahlah diyanaa ooii!

sekian dari saya:) terima kasih!

Saturday, March 17, 2012

selalu hanya mimpi, hari ni jadi realiti;)

assalamualaikum...

holla! saya tengah hepi ni. tadi ada trak askar singgah rumah. selalu kalau trak2 ni lalu, selalu lambai even tau diorang tak nampak pun. tapi, kadang2 lambaian berbalas jugak. ok! tadi rupanya, pak uda saya singgah rumah. masih dalam operasi tapi singgah rumah dengan kawan2 dia sebab nak pinjam hos (ala, yang bomba punya tu!) untuk operasi mereka. jadi sempat jugaklah borak sat dengan mereka. excited weyh bila askar dengan seragam celoreng mereka singgah kat rumah. oh,dengan senapang mereka.

saya memang sangat respek dengan askar2 ni. tentera yang menjaga keselamatan negara. sampaikan kalau alang saya cuti balik rumah dengan seragam dia, saya rasa nak peluk je dia. masa abang sulung saya kahwin haritu, dengan one-dress biru gelap dia. dengan pedang tersisip di tepi. nampak macho sangat. tambah2 lagi bila kawan2 abang yang tukang pegang pedang untuk abang dengan kak dilla lalu tu pun sangat2 macho. HAHAHAHA;)

tapi, saya tahu yang mak ayah saya berbangga dengan mereka. bila 3 orang anak lelaki dari enam anak lelaki (termasuk abang Khalid) menjadi tentera. bila aku kata, akak nak jugak jadi askar, macam biasa laa jawapan mak.

"kau dah laa satu2nya anak perempuan mak. abang2 kau cukuplah jadi askar."

ye laa mak. kalau tak dapat jadi askar pun, jadi adik askar pun jadilah kan:)

done here.

sekian. terima kasih:)

Saturday, March 10, 2012

first experience yang cool!

assalamualaikum...

alhamdulillah;) things goes very well. angin kencang dan hujan pun turun after the last guests balik. tengs to semua yang hadir;)

ni cek nak setori mori sikit,

oleh kerana permintaan my new-sis-in-law untuk saya jadi pengapit, so saya pun turutkan je. lagipun my friends tak ramai (ke tak ada?) yang hadir so tak payah nak risau sangat pasal kebajikan diorang tak terjaga if saya sibuk di pelamin kan. satu pengalaman baru yang best! dengan abang askar yang jadi best man abang sulung saya yang cute, abang-abang yang pegang pedang yang awesome. HEHE:) even sebenarnya diorang, abang Mat dengan abang Man SESAT! yang agak melambatkan perarakan pengantin dari rumah cik zai, besan mak. dengan wedges yang agak tinggi, jauh pulak tuberjalan. kipas pengantin yang besar dari kawah! penat nak mengipasnya. bila ayah saya menembak guna senapang ke arah udara, kipas hampir nak jatuh, kaki nak terpelecot. nyaris memalukan diri sendiri. aduh! lagi2 bila pengantin lalu bawah pedang, pengapit tak boleh! adusss! nak jugak. mak kata, lalu bawah parang pun jadilah kak! HAHAHA! OK.

di pelamin, as usual. touch up mana yang patut kat muka pengantin. kipas pengantin. kibas baju dari bunga rampai. bla bla bla...

masa kat meja makan beradab/p, saya taknak duduk kat situ. sebab makan tak kenyang langsung. luckily, masa kat rumah saya tak ada protokol meja makan macam masa kat kedah with the pelayan. but dah memang ada tempat untuk pengapit kan *winkwink. tapi, abang-abang askar duduk di kiri dan kanan saya. SEGAN! memang makan hanya sikit tapi air 5 gelas rasanya. masa tu tak fikir apa dah. cuma rasa nak bangun cepat dan nak pergi kat khemah tetamu nak makan ayam golek puas2. HAHAHA!

tapi, everything goes well. tak ada benda yang buruk berlaku. alhamdulillah;)

tapi yang tak sedapnya, aku sebagai anak mak ayah yang paling tua yang belum kahwin, asyik di tanya benda yang sama. kalau aku buat kiraan, tak terhabis jari kaki tangan aku.

'kau bila lagi kak?'

'ini diyanaa kan? bila nak langsungnya pulak?'

'kakak bila pulak?'

ADUH!!! enough! penat nak jawab. soalan yang jawapannya adalah sama sepanjang masa.

4 tahun lagi, akak nak kahwin 29 feb. HAHA. itu jawapan untuk soalan dari orang yang rapat.

lambat lagi pakcik/makcik/wan/tuk. ini untuk sedara jauh. yang aku jumpa sekali sekala. segan;p


eh, melalut dah ni!

okehlah, to my abang yang sudah sebulan setengah menjadi seorang suami, be the bestest husband ever, lawan ayah dengan mak pun takpe. jaga kak Dila carefully. oh, your baby too:) alhamdulillah. bunting pelamin. kau pun dah tua bang, eloklah dapat anak cepat2! yang penting mak hepi bila tahun ni, dia dapat dua cucu;) insyaAllah.

ok. may Allah bless;) sayasayangkeluargasayasangat!

oh cik sahabat setia saya ; its ok dear. im fine. ur fine. enough said. love u always;)

till then.

sekian. terima kasih.

Thursday, March 1, 2012

lama tak menulis. rindu saya tak?

assalamualaikum....

macam poyo tak? HAHAHA. followers pun dua tiga kerat perasan je lebih kan.

okeh. malam ni rasa bless sangat. banyak benda baik happened. berkat kesabaran yang tinggi. chewah!


keluarga saya ; sehat semuanya. sibuk menjelang kenduri abang sulung 10 mac ni. *jemput datang ya. saya ni jenis yang segan nak menjemput orang senanya*

cik sahabat setia saya ; dia sihat. saya suka. dia hepi, saya berganda2 hepinya.

encik coklat 20 sen ; dia senyap. mungkin sebok.

sahabat terchenta ; *zombieunta* senyap nape? rinduuuu! eh, tadi chat sebentar bersama adik ku tersayang yang sangat sebok mengalahkan pm, poor u sis:)

ex-fac ; datang tau korang! kompem meriah rumah aku nanti!

followers atau penyinggah sebentar di blog saya ; terima kasih:) banyak2. may Allah bless u:)



*malaminisayabolehtidurlena.lihatwajahnyayangbelummandibuatsayasenyumsampaiketelinga.*

tengkiu Allah for everything:) I LOVE U WITH ALL MY LIFE:))))

Allahuakbar!

sekian, terima kasih.


Tuesday, February 14, 2012

tahniah! saya berbangga dengan anda berdua!

assalamualaikum...

dengan ini saya hendak mengucapkan TAHNIAH kepada cik sahabat setia saya dan encik coklat 20sen sebab mendapat keputusan yang cemerlang.

lesson learned are sedar diri dan NEVER take things for granted. alhamdulillah :)
*petikan status encik coklat 20 sen*

jadi kawan-kawan yang saya sayangi sekalian,

jangan jadikan result ini sebab untuk kita riak, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan.

cik sahabat setia saya ; u can do it with or without him. yes?

encik coklat 20sen ; moga tercapai hasrat kau untuk menjadikan ptptn sebagai biasiswa.

nanti korang graduate first class, i'll come!

sayang korang dua ketat2!!!

sekian:)