Thursday, June 21, 2018

EGO

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

EGO.

Ia adalah satu perkataan, perbuatan, perasaan yang banyak menghancurkan.

Sebelum ni, aku selalu rasa aku adalah manusia yang ego dan tidak matang. Namun, baru-baru ni ada hal terjadi. Benda yang kecil tapi menjadi besar kerana ego. Alhamdulillah, benda settle apabila ego kalah dan kematangan menang.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, benda paling penting adalah tidak mengungkit dan membangkit. Tapi, manusia mudah lupa kan. Tidak sedar bahawa ungkit mengungkit lebih banyak menyakitkan hati sendiri walaupun niat asalnya untuk menyakitkan hati orang lain. Ia satu pengajaran yang besar.

Menjadi seorang ketua bukan mudah. Ia ibarat ditelan mati bapa, diluah mati mak. Tak kisah la tebalik ke tak. hahaha.

Kadang-kadang kita hanya melihat diri sendiri dari perspektif diri kita dan tak ambil kira pandangan orang lain terhadap diri kita.

Kadang-kadang kita terlalu melihat diri kita mangsa keadaan tanpa memikirkan orang lain.

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menyakiti orang lain.

Itu memang fitrah kita sebagai manusia.

Tapi kita belajar. Belajar mematangkan diri. Belajar menjadi tuan kepada diri tanpa menjulang ego setinggi langit. Belajar faham dan cuba berada dalam situasi orang lain.

Belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Moga Allah SWT redha.

Selamat Hari Raya😍