Sunday, March 10, 2013

tanpa mereka, binasalah kita!

assalamualaikum...

isnin dan selasa ;
berjalan2 di melaka. mandi di pengkalan balak dari tengah hari membawa ke petang. naik banana boat. esoknya, melawat muzium2 di bandar hilir. naik river cruise. full stop.

mudahkan kami bercuti, berjalan jalan? yang penting adalah, bersama keluarga tersayang.
#back to the main story.

masa dalam perjalanan balik dari rumah mak ngah di jelai, singgah makan di restoran alftah (kalau tak silap). dah nak habis nasi kerabu dengan ayam goreng kat dalam pinggan, tetiba ada dalam 5 trak askar. berpakaian 10 Bridget PARA. berhenti depan restoran kat pasir besar ni. lepas tu ada 7-8 orang yang menunggu sesuatu di situ. abang aku kata, mereka adalah pasukan perubatan tentera. sangkaan aku, mereka sedang melakukan latihan/operasi di situ. sebab kat kawasan rumah aku memang banyak kali ada latihan macam tu.

bila nak balik, dari dalam kereta, aku terpandang ada MP (polis tentera) menjaga lalulintas.

DAN aku terpandang sebaris penyerang hendap yang sedang berbaring dengan senapang mereka masa kami berhenti di traffic light. aku lambai, abang askar tu lambai balik. HAHA;) tapi abang aku marah. dia kata kalaulah MP ke CO abang tu ke nampak, teruk dia kena nanti.
ok. sepanjang perjalanan balik, memang penuh dengan abang2 askar. eh, akak2 askar pun ada. the end.

lepas tu aku terfikir2 jugak, askar ni keje dia apa? nak kata ada perang, TAK ADA pun. nak kata ada rusuhan setiap hari kat malaysia ni pun TAK ADA. jadi, buat apa adanya askar ni? tentera laut, tentera darat, tentera udara ni semua tak ada pun tak apa. macam membazir wang kerajaan je bayar gaji tiap2 bulan. bila aku tanya kat abang aku yang jugak tentera udara, dia jawab pendek je,

"kalau tak ada tentera kat malaysia ni, kau nak keluar rumah pun takut. jadi faham2 lah betapa pentingnya tentera kat sesebuah negara."

memang, kalau di ikutkan logik akal seorang awam macam aku sendiri, macam mereka ini tak ada fungsi. tapi, cuba bayangkan. suatu hari, malaysia isytihar darurat. siapa protect rakyat malaysia? bukan tentera?

jadi, ketahuilah wahai askar2 dan tentera sekalian, saya berbangga dengan anda semua. may Allah bless;)






baru aku sedar bahawasanya ayat dan bahasa yang aku gunakan macam menulis novel pendek yang tidak cantik bahasanya. sorilah korang. dalam bercerita, saya tak sedar begini rupanya hasilnya;)


No comments:

Post a Comment