Monday, December 20, 2010

impian.


impian.

cite nie, tentang impian. dah lame aku pendam. aku simpan buat pekasam. haha.

aku ade satu impian yg sgt aku inginkan sejak dulu lagi. cite2 mcm budak2 sekolah. tapi, aku dah dewasa.
okeh! belom. aku dah remaja. yg patut ade matlamat dan arah tuju hidup.
pilot!!!

haha. aku sedar yg aku nie rendah. tak cukup tinggi. tapi cita2 aku, sgt tinggi. mencecah awan. tapi, aku bukan nak jadi pilot cam kat MAS atau AirAsia tu. tapi, pilot jet pejuang!!!
tinggi x cita2 aku? haha. biar ape org nak cakap. tapi, aku sgt sgt sgt mahukan impian aku nie tercapai. bile dgr cite abg aku, merasai 7G. tau tak 7G tu ape? tekanan 7 kali berat badan kite.
rase heaven giler. dan aku pon nak sgt rase. kalau abg aku dapat capai cita2 dia, takakn aku tak boleh kan? dia inspirasi aku. pendorong aku. dia lepas dapat ijazah, elok2 keje dalam air-cond. masuk tentera, masuk hutan. kne ragging! haha. aku nak rase. ade thrill :)
wah!! jadi pegawai tentera udara. mcm abg aku. lepas tu dapat wing. dapat jadi juruterbang jet pejuang.

aku rase tak kawen pon takpe. hahahahaha. kawen dgn jet je laa ko didie. tidak! macam mana pun sunnah Rasulullah kan:) baitulmuslim:)

tapi, macam biasalah. nak capai cita2 nie, susah. dgn kekangan dari mak aku. ayah aku? dia tak kesah. yg penting anak2 bahagia. tapi, tu lah. mak aku selalu cakap "kau tu dah laa anak pompuan mak satu2 nya."itulah jugak alasan yg mak aku kasi mase aku dapat offer belajar kat Australia dulu. dan sebagai anak, aku turutkan je. pfff!!! hahaha. itu cerita dulu. cerita aku yang maseh belum matang. sekarang, bukanlah aku nak cakap yang aku nie matang sgt, tapi sekurang2 nya, sekarang aku sedar yg semua yg jadi, ade hikmahnye kan=)

kalau nak ikutkan mak aku, jadi cikgu je. tak pon pensyarah. dia kata sesuai ngan pompuan. hah! haha.

mak, anak mak nie bukan macam pompuan yg lemah longlai tu. akak nak rase mak. nak rase kena raging. nak rase masuk hutan tanpa bekal ape2. nak rase tidur sebelah binatang2 dlm hutan. akak nak rase tidur berbumbungkan bulan bintang. beralaskan tanah. akak nak rase bangga bila mak datang tamat latihan akak nanti. akak nak sgt mak. nak sgt!!!

tapi...

aku memang. memang nak sgt rase semua tu. nak rase semua yg aku impikan. tapi aku lebih mahukan redha dari mak aku. dan aku lagi rindukan syurga. syurga bawah kaki mak kan? akak sayang mak. jadi, akak terpakse lupakan cita2 akak tu mak. baik mak!! akak akan jadi pensyarah. untuk mak. akak akan jadi pendidik. kerja yang tak perlukan tuntutan waktu yang melampau. supaya mak tak risau kan akak macam mak risau bile abang dengan alang buat operasi dalam hutan. berminggu2. tanpa khabar. akak x nak mak sedih. akak sayang mak.

akak sayang mak ayah lebih dari diri akak.

dan aku baru sedar yang cita2 sebenar aku adalah, melihat senyuman mak aku. melihat air mata gembira ayah aku.

bahagiakan mereka! itu impian hidup aku!

done here. in meleleh mode!

4 comments:

  1. aku mmg sweet!! =)
    aku giler syg mak aku. everything bg aku.
    ganas2, dlm hati ade masjid!! haha

    ReplyDelete
  2. hahahaha.
    silaa baca balek untuk tidur bersama binatang2 dlm hutan tuu.
    naty nmpak anjing dlm hutan dd lompat lompat plak lari.heee
    jgn marah yee.
    :]

    ReplyDelete
  3. hahaha.
    awak, sebab tu lah saye mahu jadi tentera.
    biar saye kuat!!! jadi berani.
    x remaja lah takut anjing kan=)
    hahaha:L

    ReplyDelete